Tuesday, March 24, 2009

Submit VSS form

Pagi Jumaat 13-Mac-09, aku rasa hati berbunga riang. perasaan sendirilah katakan... padahalnya bukan tentu pon dapat VSS. tapi, ntah ler. aku rasa seronot plak.

aku nak pegi submit form tu kat boss, tapi dia tengah bercakap dgn member aku dlm bilik dia. member aku tu pon mintak VSS gak. dia keja dah lame, system expert & keja dia sgtlah sistematik & teliti. korang rasa, orang mcm ni bos nak kasi ke amik VSS? bos semakin sayang adalah. lama gak member aku ckp ngan bos sebelum balik ke cubicle (kitorang satu cubicle).muka dia sangatlah tensen & tak puas hati. rupa2nya hampir semua orang yang submit form tu akan di interview oleh bos. dia nak tau apa reason nak amik VSS. tu pon nak tanya ke? suka ati akulah, betol tak?

sebenornya kalau nak kurangkan perbelanjaan company, aku cadangkan : fire je bosses ni. bukan buat ape pun, kejanya mengarah org buat itu & ini. tempat yang diorang paling senang dilihat ialah kat smoking corner. smoking, membebel, pegi meeting, taip2 sikit kat laptop tuh, pastu balik umah. aku pon boleh jadik bos wei!!!dahlah gaji byk. gaji sorang bos boleh hire 2 atau 3 orang engineer atau pun 10 orang operator. Banyakkan gaji bos?

engineer punya keja dahlah semakin byk. production pon masuk, paper work pun buat (tak ubah macam chief clerk). bila ada prob, balik lambat tiap2 hari. kalau mlm tido tak lena sbb org selalu call bila machine/line down. ujung minggu pun kena stand by. takut nak pegi jauh. dibuatnya org call, masuk plak kilang. kalau orang call utk configuration, takpelah tak payah masuk. kalau sbb lain tu, kena masuk kilanglah jawabnya.

chewah!!! lebih2 pulak aku ni. heheheh. berbalik pada topik asal, aku pon bos tanya jugak kenapa nak amik VSS. aku jujur je cakap, aku nak duduk umah jaga anak. aku memang tak dpt keja lain pon lagi. yelah, baru je HR umumkan 2 hari lepas, mcm mana nak mintak keja lain? Then bos aku cakap "In my mind, I have no plan to let go any people of your position. I just want to let go 1 planner only. If you go, who will do your current work?".

aku selamba je jawab, "yang ganti aku masa aku bersalin thn lepas kan boleh buat keja aku?" nak buat camner? aku dh desperate sgt nak VSS. bos pulak, sapa suruh byk soal. jadi, "kureng" sikitlah bahasa aku. sori yer.

aku berdoa supaya aku dapat. mengharap sgt2. doakan aku jugak ye...

1 comment: