Wah dah lama rupanye aku meninggalkan blog ni. sian kat blog ni. nak buat camner? tuan empunya diri dh malas tahap GABAN. ni pon sbb teringat, kalau tak terbengkalai lah engkau wahai blog...
Sebenarnya, pada pagi yang syahdu bertarikh 11-Mac-09 (dh 2 minggu lepas), HR kilang tempat keje aku ni antar satu email. Subject : Town Hall Meeting. aku pulak, memandangkan tajuk email tu memang tak best, tak menarik & membosankan, teruslah aku delete email (permanently delete plak tu hehehe)
Then, dekat2 nak pukul 2pm, ofis aku dh jadik senyap sunyi cam padang jarak padang tekukur. tapi aku tak sedar lagi apa yang berlaku. bila member sebelah cubicle dtg bagitau, barulah aku tersedar dari dunia aku (yang terlalu asik masuk internet je kui kui kui). Dah hampir semua orang pegi kantin pasal Town Hall tu. serius! aku masih confuse tentang apa yang telah & sedang berlaku.
Rupa2nya, kilang aku nak umumkan VSS daaa....!!! terperanjat ade, takut pon ada, seronot pun ade (perasaan yang paling banyak hehhehhe). ramai betul orang dah serbu kantin. nasib baik aku dpt kerusi nak duduk. kalau tak, sakit kaki lah berdiri sepanjang HR buat presentation. Selepas mendengar hampir 60% presentation tu, aku rasa, pakej yang kilang aku bagi boleh tahan jgak bagusnya. yelah, nak expect lebih2 pon, ekonomi tak baik.
lebih baiklah ambik VSS daripada berhadapan dgn situasi seperti :
1. kilang buat retrenchment. pakej yang di offer selalunya tak sebagus pakej VSS.
2. kilang dah nak bankrap, tiba2 je gaji ujung bulan (atau pun berbulan-bulan) tak masuk.
3. pegi keja, pintu ofis dah kena mangga solex.
So, inilah yang kilang aku offer :
(sebulan gaji) +
(sebulan gaji x berapa tahun dah keja - aku baru keja sini 1 thn 1 bulan lebih) +
(2 bulan gaji ikut notis berhenti - aku punya notis 2 bulan yieeeehaaa!!!) +
(1/4 bonus tahunan - sbb thn 2009 ni sempat keja suku tahun aje) +
(1/3 dari gaji basic - special bonus dr company).
Mengikut kiraan matematik Einstein, untuk aku yang baru keja setahun ni InsyaAllah boleh dapat lebih kurang 4.6 bulan gaji.
HR kata, semua orang boleh mintak VSS sbb kilang bercadang nak kurangkan 215 orang pekerja. tapi, tak semestinya dapat. kalau department kurang orang, peluang memang tipis. pastu kalau boss tak nak bagi lepas, tak boleh jugak. apa2 pun, aku bukan anak emas boss. dahlah bukan anak emas, aku rasa dibenci boss adalah! jadi, VSS ni memang peluang terbaik untuk mem"blah"kan diri aku dari kilang ni. tu pon kalau dapat. Aku pikir, better get something rather than get nothing (kalau aku resign je, rugilah).
sebenarnya, aku rasa pelik semacam. HR umumkan VSS pada 11-Mac-09. tarikh akhir antar borang ialah 13-Mac-09. nampaknya kilang aku ni dah termasuk dalam kategori "tak menyempat" nak buang orang. ini jugak bermakna aku tak boleh nak lambat2 atau bertangguh2.
jadi, sebelum presentation HR tu berakhir, aku dengan sorang lagi member dah berlari marathon ke ofis HR sampai naik semput.konon2 nak amik form secepat mungkin. kitorang memang berjaya jadi orang yang pertama sampai tapi takde sorang pon org HR ada kat situ. Sia2 je tercungap2. slps aku sampai, berdozen2 pulak orang dtg dgn tujuan yang sama iaitu nak mintak form jugak. aku tau, diorang mesti dah terbayang nak jadik OKB (orang kaya baru) dgn duit yang banyak bertimbun. yelah, diorang keja dh lama. aku ni keja baru setahun je kat kilang ni, jadi aku takdelah nak berangan2 yang mengarut. janji dapat pampasan & aku boleh ikhtiar untuk cari sumber pendapatan lain. lagi penting, aku tak payah nak naik penang bridge tiap2 hari.
akhirnya, selepas tunggu tak ingat berapa lama ditambah dengan dh bersembang dgn org, sampailah HR dengan membawa borang "keramat" untuk diisi. berjaya gak aku ambik. aku siap fotostate kan form tu utk member2 lain lagi. diorang nak isi ke tidak, itu urusan diorang. aku siap tersalah isi tarikh lagi. maklumlah excited sangat hehehe.
berjayakah aku? VSS stage 1 akan diumumkan pada 17-Mac-09. tunggu jelah dgn sabar...
Thursday, March 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment