Aku tulis ni kira cerita dh basi. Baru skrg free nk update huhuuuuu.....
Aku, suami & baby pegi ke Kulim lagi utk hari yang ke2 sbb kena urut 3 hari berturut2. Nasib baik tak keja. Kilang shutdown sbb Maulud Nabi. Kalau tak sbb ni pun, kilang memang shutdown setiap isnin. 1st day pegi, mcm2 jugak yang kena bawak pada hari kedua. Kena bawak ke situ tunjuk kat tok wan supaya dia boleh doakan (bacakan ayat Quran kat barang2 tu).
Ni dia barang2 yang kena bawak :
A) untuk aku sendiri
50 helai daun durian belanda
7 helai pucuk jambu batu (bukan pucuk yang tunjuk langit tapi yang bwh sket tu)
300gm bawang merah (yang kecik2 tu)
3 labu bawang putih
asam jawa satu bekas kecil
santan 1 kotak
5 perdu bayam berduri @ bayam liar (batang dia ada duri)
B) Untuk baby :
tiger balm @ minyak rimau
hehe.... mesti korang terkezut kan kenapa barang2 utk aku plak??? sebenarnya 1st day tu, aku pon urut tapak kaki jugak. aku rasa terseliuh dr bulan jan lepas. bayangkanlah berapa lama tu. aku ingatkan sebab aku pakai kasut yang terlalu flat sbb tumit aku rasa mcm terpulas. aku bgtau tok wan tu kaki aku terseliuh. mula2 dia mintak izin suami aku sbb kena urut tapak kaki aku. elok2 je dia urut bahagian atas tumit aku, dia terus kata "TAHNIAH!" terperanjat aku. takkan aku mengandung plak tetiba je dia kata tahniah. & pastu dia pon terus sambung lagi "HANG NI PENTERNAK ANGIN YANG BERJAYA". hahahahahahah
rupa2nya aku sakit kaki sebab dh terlalu byk angin pastu tak jaga makan sampai dah mcm nak kena sakit sendi. malu jugak bila dia kata aku selalu biarkan kaki sejuk, mkn itu & ini tak jaga. bukan malu sbb ape, sbb yang dia kata tu memang betul pun. aku kena pantang mkn sotong, kacang, daging & ais. kacang tu bukan kacang biasa je, kacang soya pun tak boleh. jadi, secara tak langsungnya, makanan utama orang Jawa (aku ni Jawa + Bugis ok) iaitu tempe tidaklah boleh aku amalkan. yang paling sadis tu, aku terpaksa mengucapkan goodbye kepada taufu fah & daging masak merah favourite aku tu huhuuuu.... takpelah, nak baik punya pasal. sanggup2kan jela.....
lagi satu, tokwan tu kata usus aku problem. takut gak dengar. angin plak byk sampai dh nk naik kat kepala. kesannya ialah, aku senang naik angin & pening kepala. walaupon dia bgtau mcm2 yg tak best, tapi aku enjoy berubat cara mcm ni. sbbnya ialah environment kat situ tak stress. tok wan tu pon suka buat lawak. wife dia pulak baik. keadaan selesa sbb berubat kat tepi beranda umah. ada pemandangan & angin bertiup. kita tengok orang lain kena urut. pastu org lain pon tengok gak waktu kita kena urut.
pas dh abis urut tapak kaki aku & baby & org2 lain yg dtg, tok wan pun bacakan ayat Quran pada barang2 yang aku & org2 lain bawak. then, wife dia pon bgtaulah aku apa yang aku kena buat bila balik umah nnt. menakutkan sungguh.
Ini dia senarai apa yang aku kena buat & makan :
A) Setiap hari sampai brg2 abis
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Goreng semua (beserta kulit sekali) tanpa minyak.
Mkn dgn nasik buat mcm ulam. SANGGUPKAH AKU???
B) 3 malam berturut2
16 helai daun durian belanda
2 helai pucuk jambu batu
secawan air masak
Blender semua. Tapis. Buang hampas.
Minum airnya. SANGGUPKAH AKU???
C) 7 malam berturut2
Akar bayam berduri (dia suruh carik 5 tapi aku jumpa 2 je. nasib baik saiznya besar)
secawan air paip
Asam jawa sebekas dibahagi 7
Santan sekotak dibahagi 7
Blender akar bayam berduri dgn secawan air paip. Tapis. Buang hampas.
Airnya dibahagi 7.
Campur air akar bayam + asam jawa + santan. Lumur kat kepala. Balut dgn kain selama 2 jam pastu cuci kepala. jgn mandi! cuci kepala shj (maklumlah kan dah malam)
haaaaa.... yang ini InsyaAllah aku sanggup hehehhe.
Bykkan??!! doakan aku berjaya membuat semua ni demi membuang angin kus kus keluar dari badan aku ni ye.
Wednesday, March 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam. Saya pun baru peegi berubat, sembuh tak
ReplyDelete