Tuesday, March 24, 2009

VSS 1st stage

17-Mac-09. pagi ni aku sekali lagi rasa excited. aku siap cakap kat baby aku, "doakan ibu dapat VSS ye. InsyaAllah, ibu jaga adik ye". aku pon pegilah keja mcm biasa (iaitu LEWAT hahahaha).

semua org rileks je. takde sapa2 pon ada latest update. aku dh makin liat nak buat keja. dh nak tumpukan pada bisnes. bisnes apa ye? ooooohhhhh... akan aku ceritakan pada korang pada posting yang akan datang. bila tu? nnt korang tahulah heheheh. dh lama lah jugak bisnes ni tapi dibuat secara part time je. nnt aku ceritakan dgn lebih lanjut ye. sekarang bukan masanya :-)

sambung balik citer asal. aku dh call tanya HR pasal VSS ni tapi diorang buat derkkk je. tensen woooo... mcm tunggu buah durian gugur di siang hari. gi kantin pon saje aku makan dgn orang HR tapi diorang ni memang memegang prinsip "biar pecah diperut, jangan pecah di mulut". jujur abis ooooiiiii!

akhirnya, pada pukul lebih kurang 4.15pm, member sebelah cubicle aku (yang lari marathon ke ofis HR dengan aku) bgtau aku dia dpt VSS. last day arini jugak. Aku rasa sangat bengang sebab ini bermaksud, aku tak dapat lagi VSS untuk 1st round. 1st round ni pon, cuma 40 orang je terkeluar. baki 175 orang lagi akan dpt VSS pada 31-Mac-09.
Dengan perasaan bengang, meluat, menyampah & sakit hati, aku call bos. dengan selambanya dia kata "I am sorry but you need to wait for another round". Berasap aku!!!

Bila dah balik umah, dh duduk rehat2, barulah aku berfikir secara rasional. Aku tak dapat VSS arini mesti ada hikmah. Adalah tu sebab yang kita tak tau yang telah diaturkan oleh-Nya. jadi, aku bertawakkal supaya ujung bulan 3 ni nama aku tersenarailah ye. Tapi, kalau tak dapat jugak, aku redha.

Sementara ni aku buat jelah keja aku. ada keja, aku buat. takde keja, aku bersenang lenang jelah ahahahah
okelah, sbenornya aku byklah jugak keja arini so baik aku buat cepat. kalau tak karang, balik lambatlah aku jawabnya. okielah, bubyee......!

No comments:

Post a Comment