aku plan nak gi ofis arini tapi ujan plak (alasan je tu kui kui kui). takpelah, esok jelah. taklah penting sangat. dr pagi tadi, dh byk benda aku cover. aku dh antar anak aku pegi check kat klinik desa juru, aku dh pegi public bank keluarkan duit husband aku sbb dia nak bayar keta kat EON & insurance/roadtax dh nak kena renew lagi 12 hari. saja nak buat awal2 sbb tak nak kalut buat last minute.
pastu, aku pegi pulak tm point bukit mertajam sekali lagi sbb hajat di hati nak terminate line telipon umah. padahal baru pakai 4 bulan. geram aku. rasanya dh dekat nak sebulan takde ringing tone. dh check telipon tu, ok aje. line tu memang probem. takde dialing tone atau dlm bahasa mesia takde "nada panggilan". setau aku kalau line kena potong sebab tak bayar, kita tak boleh call out je. ini tidak, call in pon tak boleh. telipon tu dah duduk atas meja mcm perhiasan atau dlm bahasa yang lebih indah, serupa "barang muzium". geram aku. caj bulan2 kena bayar gaks.
waktu aku pegi kaunter nk isi borang tutup line, barulah aku tau yang agreement tm tak membenarkan pelanggan tutup line dlm masa setahun. kalau aku nak tutup line jugak, aku tetap kena bayar RM26 tiap2 bulan sampai bulan 11 thn 2009. ape hal mcm ni? baiklah aku pakai aje sbb aku kena byr. paling tidak pon, orang boleh call in. aku jelah yang kena betul2 menahan diri daripada pakai tipon tu utk call out.
tensen jugak. sebab utama aku pakai tipon tm tu dulu sebenarnya sebab nak pakai internet lah. aku try pakai prepaid. aku simpulkan bahawa tmnet prepaid ni sebagai servis yang ntah hape2 ntah, teruk, slow giler, tak boleh diharap & mcm2 lagi yang tak best. kalau ye pon murah, jgn lah teruk sangat. zaman ni manalah boleh buat keje dgn speed yang mcm siput (keta lembu lebih laju!). tm pon kenalah "berpada-pada". baik hapuskan aje prepaid type ni. korang imaginelah, aku masuk maybank2u tunggu sampai mcm nak tertido. komputer hang sampai 17kali (sebenornya tak kira berapa kali pon sbb TAK TERKIRA tau!).
last2 aku & husband pon bersepakat utk tukar pakai maxis broadband. THUMBS UP!!! best giler! laju! reliable! beyond expectation! chewahhh!!!! melampau pulak pujian aku terhadap maxis ni. memanglah mahal sikit tapi boleh pakai kt mana2 aje. kalau Streamyx aku boleh pakai kt umah je. bila dh pakai broadband ni, tak payah sibuk nak carik WiFi zone. kat umah sekarang ni, rasanya 12jam pasang internet. yelah, dh byr mahal jadi kenalah memaksimumkan penggunaannye. betol tak?
aku kena siap dulu ni. pasni nak kuar pi tpt buat insurance/roadtax. pastu nak byr apartment maintenance bulan mac. karang tak boleh parking dlm compound plak keta aku. skrg ni musim hujan. sian anak aku kalau kena ujan nnt.
happy reading :-)
Sunday, March 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment