siang tadi, aku pegi kulim. untuk lebih spesifik, tempat tu namanya Taman Bersatu. Aku, husband & baby sekali pegi ke rumah seorang pakcik. orang panggil pakcik tu Tok Wan Ya. Tok Wan Ya ni bolehlah aku ceritakan sebagai seorang yang dikurniakan oleh Allah swt dengan kelebihan tertentu dalam bidang perubatan tradisional. cara dia men"diagnosis" & merawat penyakit ialah dengan mengurut tapak kaki, jari kaki, tumit & bahagian keting. korang tau tak keting tu ape? keting ni adalah bahagian belakang tumit kaki (aiseh itu pon aku kena explain ke? kehkehkeh)
aku pegi kulim tadi pon tak awal. baby tido dr awal pagi sampai 11.30pagi. bila baby bangun, aku plak yang belom mandi. hari cuti memang aku mandi lambat sket. lepas masak & kemas umah baru aku mandi. baby pulak, memang aku ajar mandi awal. awal pagi aku dh mandikan. lepas mandi, dh makan & minum susu, barulah senang, sedap & selesa sket dia tido. boleh mcm tu? baby wangi2 tapi mak dia bucuk bacin ngehngehngeh
berbalik kepada cerita tadi, selepas itu ini begitu begini akhirnya aku keluar umah dh dekat nak pukul 1tghari. matahari tgh terik. sian plak baby aku. syukur husband aku biasa dgn jalan kat kulim. jadi, tak sesat & sampai kat sana tak silap aku lebih kurang pukul 1.40tghari. org dh tak ramai sbb sessi pagi dh nk tutup. tok wan ya dh nk stop sembahyang zuhur & mkn tghari.
baby pulak, kemain suka dia pegi situ tapi dia nangis sikitlah waktu tokwan ya urut & picit tapak kaki dia. tok wan tu kata, baby dh mcm nak kena angin pasang. sbb tu dia selalu nangis sebab tak selesa. sian pulak anak aku. aku manalah tahu benda2 mcm ni. ahli persatuan suri rumah kat apartment aku tu kata sawan tangis atau baby ternampak "BENDA". aku pon iyakan ajelah sbb serius, aku memang tak tau bab2 ni. anak 1st aku takde pulak kena mcm tu.
balik pun baby aku hepi je. aku pon hepilah sbb dia senang tido. bolehlah aku berblog & buat koje2 yang aku nak buat. byk sebenornya nak cerita. mcm2 jenis org & penyakit yg aku jumpa waktu aku pegi umah tok wan tu. tapi, disebabkan aku dh rasa terlebih vitamin M (MALAS, MENGANTUK, MENGADA-NGADA dll), aku stop dululah. Uwarrrrghhhhhhh (nguap cam singa lapor)!!!
berapa no hp tok wan taman bersatu kulim tu?
ReplyDelete