Tuesday, March 24, 2009

VSS 1st stage

17-Mac-09. pagi ni aku sekali lagi rasa excited. aku siap cakap kat baby aku, "doakan ibu dapat VSS ye. InsyaAllah, ibu jaga adik ye". aku pon pegilah keja mcm biasa (iaitu LEWAT hahahaha).

semua org rileks je. takde sapa2 pon ada latest update. aku dh makin liat nak buat keja. dh nak tumpukan pada bisnes. bisnes apa ye? ooooohhhhh... akan aku ceritakan pada korang pada posting yang akan datang. bila tu? nnt korang tahulah heheheh. dh lama lah jugak bisnes ni tapi dibuat secara part time je. nnt aku ceritakan dgn lebih lanjut ye. sekarang bukan masanya :-)

sambung balik citer asal. aku dh call tanya HR pasal VSS ni tapi diorang buat derkkk je. tensen woooo... mcm tunggu buah durian gugur di siang hari. gi kantin pon saje aku makan dgn orang HR tapi diorang ni memang memegang prinsip "biar pecah diperut, jangan pecah di mulut". jujur abis ooooiiiii!

akhirnya, pada pukul lebih kurang 4.15pm, member sebelah cubicle aku (yang lari marathon ke ofis HR dengan aku) bgtau aku dia dpt VSS. last day arini jugak. Aku rasa sangat bengang sebab ini bermaksud, aku tak dapat lagi VSS untuk 1st round. 1st round ni pon, cuma 40 orang je terkeluar. baki 175 orang lagi akan dpt VSS pada 31-Mac-09.
Dengan perasaan bengang, meluat, menyampah & sakit hati, aku call bos. dengan selambanya dia kata "I am sorry but you need to wait for another round". Berasap aku!!!

Bila dah balik umah, dh duduk rehat2, barulah aku berfikir secara rasional. Aku tak dapat VSS arini mesti ada hikmah. Adalah tu sebab yang kita tak tau yang telah diaturkan oleh-Nya. jadi, aku bertawakkal supaya ujung bulan 3 ni nama aku tersenarailah ye. Tapi, kalau tak dapat jugak, aku redha.

Sementara ni aku buat jelah keja aku. ada keja, aku buat. takde keja, aku bersenang lenang jelah ahahahah
okelah, sbenornya aku byklah jugak keja arini so baik aku buat cepat. kalau tak karang, balik lambatlah aku jawabnya. okielah, bubyee......!

Submit VSS form

Pagi Jumaat 13-Mac-09, aku rasa hati berbunga riang. perasaan sendirilah katakan... padahalnya bukan tentu pon dapat VSS. tapi, ntah ler. aku rasa seronot plak.

aku nak pegi submit form tu kat boss, tapi dia tengah bercakap dgn member aku dlm bilik dia. member aku tu pon mintak VSS gak. dia keja dah lame, system expert & keja dia sgtlah sistematik & teliti. korang rasa, orang mcm ni bos nak kasi ke amik VSS? bos semakin sayang adalah. lama gak member aku ckp ngan bos sebelum balik ke cubicle (kitorang satu cubicle).muka dia sangatlah tensen & tak puas hati. rupa2nya hampir semua orang yang submit form tu akan di interview oleh bos. dia nak tau apa reason nak amik VSS. tu pon nak tanya ke? suka ati akulah, betol tak?

sebenornya kalau nak kurangkan perbelanjaan company, aku cadangkan : fire je bosses ni. bukan buat ape pun, kejanya mengarah org buat itu & ini. tempat yang diorang paling senang dilihat ialah kat smoking corner. smoking, membebel, pegi meeting, taip2 sikit kat laptop tuh, pastu balik umah. aku pon boleh jadik bos wei!!!dahlah gaji byk. gaji sorang bos boleh hire 2 atau 3 orang engineer atau pun 10 orang operator. Banyakkan gaji bos?

engineer punya keja dahlah semakin byk. production pon masuk, paper work pun buat (tak ubah macam chief clerk). bila ada prob, balik lambat tiap2 hari. kalau mlm tido tak lena sbb org selalu call bila machine/line down. ujung minggu pun kena stand by. takut nak pegi jauh. dibuatnya org call, masuk plak kilang. kalau orang call utk configuration, takpelah tak payah masuk. kalau sbb lain tu, kena masuk kilanglah jawabnya.

chewah!!! lebih2 pulak aku ni. heheheh. berbalik pada topik asal, aku pon bos tanya jugak kenapa nak amik VSS. aku jujur je cakap, aku nak duduk umah jaga anak. aku memang tak dpt keja lain pon lagi. yelah, baru je HR umumkan 2 hari lepas, mcm mana nak mintak keja lain? Then bos aku cakap "In my mind, I have no plan to let go any people of your position. I just want to let go 1 planner only. If you go, who will do your current work?".

aku selamba je jawab, "yang ganti aku masa aku bersalin thn lepas kan boleh buat keja aku?" nak buat camner? aku dh desperate sgt nak VSS. bos pulak, sapa suruh byk soal. jadi, "kureng" sikitlah bahasa aku. sori yer.

aku berdoa supaya aku dapat. mengharap sgt2. doakan aku jugak ye...

Thursday, March 12, 2009

Pengumuman VSS @ Town Hall

Wah dah lama rupanye aku meninggalkan blog ni. sian kat blog ni. nak buat camner? tuan empunya diri dh malas tahap GABAN. ni pon sbb teringat, kalau tak terbengkalai lah engkau wahai blog...

Sebenarnya, pada pagi yang syahdu bertarikh 11-Mac-09 (dh 2 minggu lepas), HR kilang tempat keje aku ni antar satu email. Subject : Town Hall Meeting. aku pulak, memandangkan tajuk email tu memang tak best, tak menarik & membosankan, teruslah aku delete email (permanently delete plak tu hehehe)

Then, dekat2 nak pukul 2pm, ofis aku dh jadik senyap sunyi cam padang jarak padang tekukur. tapi aku tak sedar lagi apa yang berlaku. bila member sebelah cubicle dtg bagitau, barulah aku tersedar dari dunia aku (yang terlalu asik masuk internet je kui kui kui). Dah hampir semua orang pegi kantin pasal Town Hall tu. serius! aku masih confuse tentang apa yang telah & sedang berlaku.

Rupa2nya, kilang aku nak umumkan VSS daaa....!!! terperanjat ade, takut pon ada, seronot pun ade (perasaan yang paling banyak hehhehhe). ramai betul orang dah serbu kantin. nasib baik aku dpt kerusi nak duduk. kalau tak, sakit kaki lah berdiri sepanjang HR buat presentation. Selepas mendengar hampir 60% presentation tu, aku rasa, pakej yang kilang aku bagi boleh tahan jgak bagusnya. yelah, nak expect lebih2 pon, ekonomi tak baik.

lebih baiklah ambik VSS daripada berhadapan dgn situasi seperti :
1. kilang buat retrenchment. pakej yang di offer selalunya tak sebagus pakej VSS.
2. kilang dah nak bankrap, tiba2 je gaji ujung bulan (atau pun berbulan-bulan) tak masuk.
3. pegi keja, pintu ofis dah kena mangga solex.

So, inilah yang kilang aku offer :
(sebulan gaji) +
(sebulan gaji x berapa tahun dah keja - aku baru keja sini 1 thn 1 bulan lebih) +
(2 bulan gaji ikut notis berhenti - aku punya notis 2 bulan yieeeehaaa!!!) +
(1/4 bonus tahunan - sbb thn 2009 ni sempat keja suku tahun aje) +
(1/3 dari gaji basic - special bonus dr company).
Mengikut kiraan matematik Einstein, untuk aku yang baru keja setahun ni InsyaAllah boleh dapat lebih kurang 4.6 bulan gaji.

HR kata, semua orang boleh mintak VSS sbb kilang bercadang nak kurangkan 215 orang pekerja. tapi, tak semestinya dapat. kalau department kurang orang, peluang memang tipis. pastu kalau boss tak nak bagi lepas, tak boleh jugak. apa2 pun, aku bukan anak emas boss. dahlah bukan anak emas, aku rasa dibenci boss adalah! jadi, VSS ni memang peluang terbaik untuk mem"blah"kan diri aku dari kilang ni. tu pon kalau dapat. Aku pikir, better get something rather than get nothing (kalau aku resign je, rugilah).

sebenarnya, aku rasa pelik semacam. HR umumkan VSS pada 11-Mac-09. tarikh akhir antar borang ialah 13-Mac-09. nampaknya kilang aku ni dah termasuk dalam kategori "tak menyempat" nak buang orang. ini jugak bermakna aku tak boleh nak lambat2 atau bertangguh2.

jadi, sebelum presentation HR tu berakhir, aku dengan sorang lagi member dah berlari marathon ke ofis HR sampai naik semput.konon2 nak amik form secepat mungkin. kitorang memang berjaya jadi orang yang pertama sampai tapi takde sorang pon org HR ada kat situ. Sia2 je tercungap2. slps aku sampai, berdozen2 pulak orang dtg dgn tujuan yang sama iaitu nak mintak form jugak. aku tau, diorang mesti dah terbayang nak jadik OKB (orang kaya baru) dgn duit yang banyak bertimbun. yelah, diorang keja dh lama. aku ni keja baru setahun je kat kilang ni, jadi aku takdelah nak berangan2 yang mengarut. janji dapat pampasan & aku boleh ikhtiar untuk cari sumber pendapatan lain. lagi penting, aku tak payah nak naik penang bridge tiap2 hari.

akhirnya, selepas tunggu tak ingat berapa lama ditambah dengan dh bersembang dgn org, sampailah HR dengan membawa borang "keramat" untuk diisi. berjaya gak aku ambik. aku siap fotostate kan form tu utk member2 lain lagi. diorang nak isi ke tidak, itu urusan diorang. aku siap tersalah isi tarikh lagi. maklumlah excited sangat hehehe.

berjayakah aku? VSS stage 1 akan diumumkan pada 17-Mac-09. tunggu jelah dgn sabar...

Hasilnya...Jeng jeng jeng!!!

seperti yg aku dh bgtau sebelum ni, aku ni byk angin kus kus dlm badan. waktu aku tulis ni, dh 2mlm aku minum air daun durian belanda + daun jambu batu tu.

pada hari pertama, badan aku telah menghasilkan bhn kumuh yang mcm kena blender (maaf ye kalau tak suka aku citer ni kui kui kui). tapi selepas tu, aku rasa 8 jam kot aku tak buang angin langsung. kalau nak diikutkan, selalunya ter"k_nt_t" je. takpun sedawa (orang penang kata "semawa"). lagi teruk lagi, sampai rasa perut sebu sebab angin berlegar2 dlm perut.

hari kedua pon sama, memang sgtlah berbeza tahap pengeluaran angin dr badan aku. rasa lebih fit bila perut & badan rasa sedap. kalau tidak, tak sakit pun rasa mcm tak best sangat. Alhamdulillah, tumit aku pon takselah rasa sesengal sebelum ni. baby aku plak, hehehehe. tu..... tengah tido dlm buai tu. InsyaAllah Ahad ni boleh pegi lagi sbb tok wan tu kata, paling kurang 3 kali. yang paling baik ialah mengulang sampai 7 kali.

husband aku semangat oooo nak pegi situ. maklumlah, aku dh jarang mengadu sakit. kalau tak, perut sakit, kaki terseliuh, kepala pening, sakit badan dll. kira pasni tok wan ya tu kitorang nak buat macam klinik panel keluargalah hehehe

ingat tau, kalau korang rasa nak cuba berikhtiar menyembuhkan penyakit atau masalah secara tradisional dgn tok wan ya, bgtau aku. aku boleh bg phone no & tunjukkan umah dia sekali.

oklah, aku kena minum lagi air daun durian belanda + daun jambu batu utk kali ketiga. sok camne plak hasilnya ekekekeke jgn mare ye :-)

Kulim - 3rd day

pegi lagi tapi lupa bawak susu anak. makcik baby sitter tu lupa (sbb aku balik keja terus bawak anak aku pegi kulim). dia bg aku botol kosong je. tension sbb sepanjang jln anak aku mengamuk laporrr. mcm manalah makcik tu boleh lupa. geram lah jugak tapi mengenangkan yang dia dh berumur, mungkin tak ingat sgt, so.... takpelah. kesian anak aku. menangis dlm keta sampai terjerit2 sbb lapor sesangat.

aku beli nasik bungkus je mlm ni. tak sempat nak masak. balik2 je, terus pasang aircond. rasa cam nak gedebush kan diri aku atas tilam sebab penat. sian anak aku sampai serak suara dia menangis.

syukur Alhamdulillah dh abis 3 hari urut. tapi, aku tak buat pon lagi apa yang dia suruh. tak sempatlah. yang penting tumit aku dh rasa best. anak aku dh tak nangis setiap kali selepas maghrib.

kalau korang nak cuba cara perubatan mcm ni, bg taulah aku. nnt aku bg alamat & tunjukkan umah tok wan ya tu kat korang ok. tido dululah.

Wednesday, March 11, 2009

Kulim - 2nd Day

Aku tulis ni kira cerita dh basi. Baru skrg free nk update huhuuuuu.....

Aku, suami & baby pegi ke Kulim lagi utk hari yang ke2 sbb kena urut 3 hari berturut2. Nasib baik tak keja. Kilang shutdown sbb Maulud Nabi. Kalau tak sbb ni pun, kilang memang shutdown setiap isnin. 1st day pegi, mcm2 jugak yang kena bawak pada hari kedua. Kena bawak ke situ tunjuk kat tok wan supaya dia boleh doakan (bacakan ayat Quran kat barang2 tu).

Ni dia barang2 yang kena bawak :
A) untuk aku sendiri
50 helai daun durian belanda
7 helai pucuk jambu batu (bukan pucuk yang tunjuk langit tapi yang bwh sket tu)
300gm bawang merah (yang kecik2 tu)
3 labu bawang putih
asam jawa satu bekas kecil
santan 1 kotak
5 perdu bayam berduri @ bayam liar (batang dia ada duri)

B) Untuk baby :
tiger balm @ minyak rimau

hehe.... mesti korang terkezut kan kenapa barang2 utk aku plak??? sebenarnya 1st day tu, aku pon urut tapak kaki jugak. aku rasa terseliuh dr bulan jan lepas. bayangkanlah berapa lama tu. aku ingatkan sebab aku pakai kasut yang terlalu flat sbb tumit aku rasa mcm terpulas. aku bgtau tok wan tu kaki aku terseliuh. mula2 dia mintak izin suami aku sbb kena urut tapak kaki aku. elok2 je dia urut bahagian atas tumit aku, dia terus kata "TAHNIAH!" terperanjat aku. takkan aku mengandung plak tetiba je dia kata tahniah. & pastu dia pon terus sambung lagi "HANG NI PENTERNAK ANGIN YANG BERJAYA". hahahahahahah

rupa2nya aku sakit kaki sebab dh terlalu byk angin pastu tak jaga makan sampai dah mcm nak kena sakit sendi. malu jugak bila dia kata aku selalu biarkan kaki sejuk, mkn itu & ini tak jaga. bukan malu sbb ape, sbb yang dia kata tu memang betul pun. aku kena pantang mkn sotong, kacang, daging & ais. kacang tu bukan kacang biasa je, kacang soya pun tak boleh. jadi, secara tak langsungnya, makanan utama orang Jawa (aku ni Jawa + Bugis ok) iaitu tempe tidaklah boleh aku amalkan. yang paling sadis tu, aku terpaksa mengucapkan goodbye kepada taufu fah & daging masak merah favourite aku tu huhuuuu.... takpelah, nak baik punya pasal. sanggup2kan jela.....

lagi satu, tokwan tu kata usus aku problem. takut gak dengar. angin plak byk sampai dh nk naik kat kepala. kesannya ialah, aku senang naik angin & pening kepala. walaupon dia bgtau mcm2 yg tak best, tapi aku enjoy berubat cara mcm ni. sbbnya ialah environment kat situ tak stress. tok wan tu pon suka buat lawak. wife dia pulak baik. keadaan selesa sbb berubat kat tepi beranda umah. ada pemandangan & angin bertiup. kita tengok orang lain kena urut. pastu org lain pon tengok gak waktu kita kena urut.

pas dh abis urut tapak kaki aku & baby & org2 lain yg dtg, tok wan pun bacakan ayat Quran pada barang2 yang aku & org2 lain bawak. then, wife dia pon bgtaulah aku apa yang aku kena buat bila balik umah nnt. menakutkan sungguh.


Ini dia senarai apa yang aku kena buat & makan :
A) Setiap hari sampai brg2 abis
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Goreng semua (beserta kulit sekali) tanpa minyak.
Mkn dgn nasik buat mcm ulam. SANGGUPKAH AKU???

B) 3 malam berturut2
16 helai daun durian belanda
2 helai pucuk jambu batu
secawan air masak
Blender semua. Tapis. Buang hampas.
Minum airnya. SANGGUPKAH AKU???

C) 7 malam berturut2
Akar bayam berduri (dia suruh carik 5 tapi aku jumpa 2 je. nasib baik saiznya besar)
secawan air paip
Asam jawa sebekas dibahagi 7
Santan sekotak dibahagi 7
Blender akar bayam berduri dgn secawan air paip. Tapis. Buang hampas.
Airnya dibahagi 7.
Campur air akar bayam + asam jawa + santan. Lumur kat kepala. Balut dgn kain selama 2 jam pastu cuci kepala. jgn mandi! cuci kepala shj (maklumlah kan dah malam)
haaaaa.... yang ini InsyaAllah aku sanggup hehehhe.

Bykkan??!! doakan aku berjaya membuat semua ni demi membuang angin kus kus keluar dari badan aku ni ye.

Sunday, March 8, 2009

Kulim - 1st day

Salam semua... Syukur Alhamdulillah anak aku senang nk tido mlm ni. tak byk kerenah. nak bergurau & bersembang (bahasa babylah heheh) aje kejanya. aku harap apa yang berlaku minggu lepas (baby aku nangis hampir tiap2 hari selalunya lepas waktu maghrib) tak berlaku lagi.

siang tadi, aku pegi kulim. untuk lebih spesifik, tempat tu namanya Taman Bersatu. Aku, husband & baby sekali pegi ke rumah seorang pakcik. orang panggil pakcik tu Tok Wan Ya. Tok Wan Ya ni bolehlah aku ceritakan sebagai seorang yang dikurniakan oleh Allah swt dengan kelebihan tertentu dalam bidang perubatan tradisional. cara dia men"diagnosis" & merawat penyakit ialah dengan mengurut tapak kaki, jari kaki, tumit & bahagian keting. korang tau tak keting tu ape? keting ni adalah bahagian belakang tumit kaki (aiseh itu pon aku kena explain ke? kehkehkeh)

aku pegi kulim tadi pon tak awal. baby tido dr awal pagi sampai 11.30pagi. bila baby bangun, aku plak yang belom mandi. hari cuti memang aku mandi lambat sket. lepas masak & kemas umah baru aku mandi. baby pulak, memang aku ajar mandi awal. awal pagi aku dh mandikan. lepas mandi, dh makan & minum susu, barulah senang, sedap & selesa sket dia tido. boleh mcm tu? baby wangi2 tapi mak dia bucuk bacin ngehngehngeh

berbalik kepada cerita tadi, selepas itu ini begitu begini akhirnya aku keluar umah dh dekat nak pukul 1tghari. matahari tgh terik. sian plak baby aku. syukur husband aku biasa dgn jalan kat kulim. jadi, tak sesat & sampai kat sana tak silap aku lebih kurang pukul 1.40tghari. org dh tak ramai sbb sessi pagi dh nk tutup. tok wan ya dh nk stop sembahyang zuhur & mkn tghari.

baby pulak, kemain suka dia pegi situ tapi dia nangis sikitlah waktu tokwan ya urut & picit tapak kaki dia. tok wan tu kata, baby dh mcm nak kena angin pasang. sbb tu dia selalu nangis sebab tak selesa. sian pulak anak aku. aku manalah tahu benda2 mcm ni. ahli persatuan suri rumah kat apartment aku tu kata sawan tangis atau baby ternampak "BENDA". aku pon iyakan ajelah sbb serius, aku memang tak tau bab2 ni. anak 1st aku takde pulak kena mcm tu.

balik pun baby aku hepi je. aku pon hepilah sbb dia senang tido. bolehlah aku berblog & buat koje2 yang aku nak buat. byk sebenornya nak cerita. mcm2 jenis org & penyakit yg aku jumpa waktu aku pegi umah tok wan tu. tapi, disebabkan aku dh rasa terlebih vitamin M (MALAS, MENGANTUK, MENGADA-NGADA dll), aku stop dululah. Uwarrrrghhhhhhh (nguap cam singa lapor)!!!




Saturday, March 7, 2009

Penat + lesu = tido kayu

Aku dh lama nk sambung bercerita dlm blog ni tapi nampak gayanya aku terlalu penat. minggu ni aku sgt2lah tak cukup tido. anak aku menangis je bila lepas maghrib. dekat setengah jam atau 1 jam barulah dia stop. tu pon aku rasa sbb dh penat nangis. ahli persatuan suri rumah kat apartment aku cakap mungkin anak aku kena "sawan tangis" atau nampak "BENDA".

aku akan bercerita dgn lebih lanjut bila aku free & dah ada tenaga utk mengupdate blog ni. aku rasa aku akan tido kayu pas ni. till then, babai.....

Sunday, March 1, 2009

Byk benda nak buat arini

aku plan nak gi ofis arini tapi ujan plak (alasan je tu kui kui kui). takpelah, esok jelah. taklah penting sangat. dr pagi tadi, dh byk benda aku cover. aku dh antar anak aku pegi check kat klinik desa juru, aku dh pegi public bank keluarkan duit husband aku sbb dia nak bayar keta kat EON & insurance/roadtax dh nak kena renew lagi 12 hari. saja nak buat awal2 sbb tak nak kalut buat last minute.

pastu, aku pegi pulak tm point bukit mertajam sekali lagi sbb hajat di hati nak terminate line telipon umah. padahal baru pakai 4 bulan. geram aku. rasanya dh dekat nak sebulan takde ringing tone. dh check telipon tu, ok aje. line tu memang probem. takde dialing tone atau dlm bahasa mesia takde "nada panggilan". setau aku kalau line kena potong sebab tak bayar, kita tak boleh call out je. ini tidak, call in pon tak boleh. telipon tu dah duduk atas meja mcm perhiasan atau dlm bahasa yang lebih indah, serupa "barang muzium". geram aku. caj bulan2 kena bayar gaks.

waktu aku pegi kaunter nk isi borang tutup line, barulah aku tau yang agreement tm tak membenarkan pelanggan tutup line dlm masa setahun. kalau aku nak tutup line jugak, aku tetap kena bayar RM26 tiap2 bulan sampai bulan 11 thn 2009. ape hal mcm ni? baiklah aku pakai aje sbb aku kena byr. paling tidak pon, orang boleh call in. aku jelah yang kena betul2 menahan diri daripada pakai tipon tu utk call out.

tensen jugak. sebab utama aku pakai tipon tm tu dulu sebenarnya sebab nak pakai internet lah. aku try pakai prepaid. aku simpulkan bahawa tmnet prepaid ni sebagai servis yang ntah hape2 ntah, teruk, slow giler, tak boleh diharap & mcm2 lagi yang tak best. kalau ye pon murah, jgn lah teruk sangat. zaman ni manalah boleh buat keje dgn speed yang mcm siput (keta lembu lebih laju!). tm pon kenalah "berpada-pada". baik hapuskan aje prepaid type ni. korang imaginelah, aku masuk maybank2u tunggu sampai mcm nak tertido. komputer hang sampai 17kali (sebenornya tak kira berapa kali pon sbb TAK TERKIRA tau!).

last2 aku & husband pon bersepakat utk tukar pakai maxis broadband. THUMBS UP!!! best giler! laju! reliable! beyond expectation! chewahhh!!!! melampau pulak pujian aku terhadap maxis ni. memanglah mahal sikit tapi boleh pakai kt mana2 aje. kalau Streamyx aku boleh pakai kt umah je. bila dh pakai broadband ni, tak payah sibuk nak carik WiFi zone. kat umah sekarang ni, rasanya 12jam pasang internet. yelah, dh byr mahal jadi kenalah memaksimumkan penggunaannye. betol tak?

aku kena siap dulu ni. pasni nak kuar pi tpt buat insurance/roadtax. pastu nak byr apartment maintenance bulan mac. karang tak boleh parking dlm compound plak keta aku. skrg ni musim hujan. sian anak aku kalau kena ujan nnt.

happy reading :-)

jom tengok bola

MU vs Spurs : Carling Cup (final) kat Wembley Stadium

hehehe kepada sapa2 yang minat bola, mesti korang tau pasal ni terutamanya peminat MU. mlm ni pukul 11pm kat Astro SuperSport. thn lepas Spurs menang lawan Chelsea. thn ni Spurs masuk final lagi. aku mcm biasalah, kenalah sokong MU sbb husband aku peminat fanatik MU. aku pon bukan reti sgt pasal bola ni kalau husband aku tak bgtau. dia sanggup tak cukup tido semata2 nak tengok bola. tapi nasib baiklah, dia tak sanggup kalau tak tido langsung.

selalunya hari ahad skrin tv aku terpapar pasal bola aje. pagi je aku ada mencelah nengok spongebob & totally spies kat tv3. dulu tengahari aku tengok csi axn sampai 3jam tapi beberapa bulan kebelakangan ni aku naik menyampah sebab dok ulang cerita yang sama. ooooo... mcm ni rupanya astro kaut untung daripada duit orang ye...asyiklah recycle cerita. cerita yang sama boleh tengok sampai 37 kali. hissshhhh!!!

drpd pemerhatian & agakan aku yang tak berapa terror nih, chanel sukan je yang jarang recycle cerita. selalunya diorang update berita sukan yang terkini. jadi, aku dgn lapang dadanya tak kisah kalau husband aku nak tengok bola 24jam. kalau dia rasa sukan yang ditayangkan tu tak best, dia sendiri akan tukar channel. syukur Alhamdulllah, anak sulung aku suka gak join ayahnya tengok bola. dia bukan minat bola tapi suka tengok iklan esp apa2 je iklan yang tunjuk orang tendang bola & lagi satu, iklan Nokia. pandai Ayong ye ;-)

oklah aku dah buat posting 3kali arini. mentang2lah esok tak keje heheheh aku nak smyg dulu pastu nak tidolah. esok nak bawak anak aku buat monthly check kat klinik desa juru sebab dia dh nk masuk 4bulan. nasib baik tak payah cucuk apa2. korang paham2lah, selalunya kalau cucuk tu, demamlah jawabnya.

Aku harap MU menang mlm ni :-) sian husband aku. penat dia tunggu nak start game. dahlah petang tadi dia pegi serviskan keta aku, hantar carwash plus polish lagi tu :-) mekasih ye sayang. macam naik keta baru pulak. InsyaAllah kalau berkesempatan, kita anta keta sayang pi polish pulak ye heheheh. luv ya (berkasih sayang dlm blog lah pulak kui kui kui).

till we meet again in the next posting okie