Alhamdulillah syukur sangat.
Sekarang ni jalan nak pegi umah baby sitter & jalan nak pegi keja dah tak jam teruk macam dulu. kenapa ye? aku pon tak tau. aku agak2 sebab byk kilang tak run business macam dulu. byk yang shut down production, tukar shift 12jam jadik 8jam (tak payah bayar overtime), keja 5 hari seminggu tukar jadik 4 hari je pulak (pastu suka ati je tolak annual leave) & macam-macam lagi. semuanya nak jimat.
yang aku heran tu, kalau pegi shopping complex, masih byk orang. sampai berduyun2. byk duit kot? aku mcm biasalah, beli barang dapur. baru2 ni aje aku beli baju untuk anak sulung sbb paling last beli tahun lepas bulan 11 untuk buat raya. anak kedua aku lagi kesian. kena recycle hampir semua baju abangnya. rugi ooo kalau tak pakai. lagipon sama2 boy. banyak baju ada collar, gambar kereta, sport theme (NBA, soccer, baseball etc) - kesimpulannya kalau lepas ni dpat anak pompuan memang tak boleh pakai. jadi, baiklah aku maksimumkan penggunaan semua baju yang ada.
sebenornya kalau nak jimat tu memang boleh. cuma orang tu nak atau tidak je. syukur Alhamdulillah aku ni bukan jenis branded. bukannya salah tapi aku rase kalau terlebih sangat boleh makan diri. kalau memang mampu takpelah. kalau yang terikut2 gaya orang ke... artis ke.... tak dapekla den nak menolong.
kalau ikut aku, simple aje. kalau tak perlu ataupun masih ada yang elok, tak payah beli. seingat aku, paling last aku beli purse ngan bag Alain Delon ialah waktu aku bujang. lain2 tu kebanyakannya di"sedekah"kan oleh kakak aku. kakak aku cikgu yang memang bergaya. kasut, beg, tudung, aksesori etc memang ikut trend semasa. adik dia pulak, abis ketinggalan zaman. orang dah tak pakai "pesen" tu, barulah aku pakai heheheh. kakak aku pulak, bila dia dah tak nak barang2, rumah akulah tempat utama untuk "stuffjunk" dia. aku pon terimalah dengan tangan yang terbuka. mekasih ye angah hehehehe
sejak ade dua "handbag" (anak aku dua orang tulah), lagilah sempoi. aku pegi mana2 pakai beg Anmum je. tu pon dapat free sebab bersalin kat private. senang sangat. diapers, susu, minyak angin, baju spare semua boleh letak kat dalam beg Anmum tu. nak carik barang pon tak payah kombah sebab side pockets yang ada dah sesuai nak letak itu & ini.
apa2 pun, berjimat memang sangat bagus tapi bukannya jadik kedekut. tu kena ingat tu. aku berjimat bab yang itu tapi aku memang "a big spender" kalau bab kesihatan. cakap jelah apa2 yang bagus yang berkaitan dengan kesihatan macam supplement ke, krim ke (esp utk anak), medical service ke, memang aku tak berkira. pastu kalau terasa nak makan apa2 je, jangan tangguh2. terus aku pegi carik takut kempunan. ni sementara Allah bagi kesihatan & nikmat selera. kalau dah sakit nanti, makan yang sedap pun tak rasa apa.
harap korang yang baca dapat ambil teladan & contohi kalau korang rasa gaya hidup macam ni bagus. kalau rasa tak bagus atau tak rasa apa2, takpe hehehe. enjoy my posting ya!!! (",)
Wednesday, February 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment