Friday, February 13, 2009

kilang shut down lagi

berita tergempar!!! nak kata best pon tak, nak kata tak best pon tak jugak.
isnin depan kilang shut down lagi. minggu raya cina pon dh shut down 3 hari.
aku memang tak ada annual leave lebih. company pon bagi advance leave 3 ari aje (yang dah digunakan waktu shut down raya cina).

jadi, isnin minggu depan bukan setakat shut down, tapi dah jadik unpaid leave pulak. menyampah btol!!! tapi, aku nak pikir positif. aku nak berehat2 je kat umah. aku pon baru je baik demam. ditambah dengan batuk & sakit tekak bagai nak rak. anak aku yang sulung tu pulak menambahkan lagi sakit tekak aku. perangai dia selalu membuatkan aku menjerit & terpekik padahalnya aku dah berazam tak nak marah dia (konon2nya sebab nak bagi cepat baik sakit tekak aku ni). akhirnya azam aku pecah berderai. sakit tekak aku makin teruk adelah. macam2 penyakit. penang pulak cuaca panas terik dah dekat nak sebulan lebih. baru pagi tadi ujan sekejap. pastu panas balik.

anak sulung aku asyik mengamuk je sebab dia pon tak sihat jugak. semalam aku pegi child specialist. kalau tak silap aku dapat nombor 47 ke .... 51 ke... bayangkanlah. punyalah ramai. tu pon ada yang datang lagi waktu aku nak balik. bila dah cuaca panas cam sekarang, mulalah org demam esp budak (sian budak2 kan tak tahan sangat). dari demam bawak ke batuk & selsema. kalau lelah, dah jadik sesak nafas plak. semalam ramai gak budak2 lelah buat nebulizer. baby aku pon dah start batuk & selsema. berjangkit drpd abangnya lah. aku harap anak2 aku cepat sembuh & sihat wal'afiat. sian kat diorang...

berbalik pada isu kilang shutdown, aku risau jugak sebenarnya. maklumlah keja dgn org. bila2 boleh kena tendang. kalau business sendiri, taklah risau sgt. sekurang2nya kalau berusaha lebih & bertawakkal pada Allah, insyaAllah rezeki tu ada. keja dgn orang ni kalau buat abis2an pon, belum tentu lagi. bila2 boleh kena marah, kena boikot. kalau orang boat konspirasi, lagi senang nak kena fire (rasa2nya banyak org paham apa yang aku maksudkan ni).

korang jagalah periuk nasik baik2 ye. zaman ekonomi tak baik ni macam2 boleh jadi. semoga aku, suami aku, keluarga aku & korang semua dilindungi Allah dalam apa jugak keadaan. kena ingat tanggungjawab. byk lagi benda nak bayar. kawal perbelanjaan gak jgn beli sesuka hati je. ingatlah, apa yang kita buat harini adalah untuk hari esok (InsyaAllah kalau panjang umur). cheewwah!!! berceramah plak aku. oklah aku nak masuk dapur bancuh madu ngan air suam. perit rasa anak tekak ni. pastu nak zzzzzzz lah.....

No comments:

Post a Comment