Saturday, February 28, 2009

Kisah Liza, arwah Kak Fauziah & arwah Mimi

Sebenornya byk yg aku nak ceriter sbb sememangnya byk benda yg berlaku dlm tempoh 2 minggu ni. semalam aku beli susu Biolac dgn ejen ERA EDAR. anak sulung & anak bongsu aku memang minum susu ni jadi cepatlah abis. susah gak minum susu direct selling ni sbb takde kat pasaraya. bukan aku saja nak mengada2 tapi susu Biolac ni bagus. anak sulung aku dulu asyik berak cair je mcm org sakit perut sampai umur dekat nak 2 bulan. minum je Biolac sekali, terus berak pejal elok. gigi pon tumbuh cepat. umur 5 bulan dh ada 4 batang gigi. anak bongsu aku plak baru 3 bulan setengah dh tumbuh 2 batang gigi. Alhamdulillah syukur pada Allah :-).

Berbalik pada ejen tu (tak payahlah sebut namanya ye), sebenornye aku nak beli susu ari jumaat. dia suruh aku beli ari sabtu. susu anak aku dlm bekas tupperware tinggal kurang seinci. risau gak. dia kata jumpa kat juru pukul 10pagi sbb dekat ngan umah aku. aku pon ok jelah. tunggu punya tunggu xsampai gak. sempatlh pegi tm point kat pekan bm (bukit mertajam) yg sesak giler tu utk byr duit tipon yg mencecah RM270 (sebab call kakak aku kt sarawak pastu cakap lama2 macam tak hengat!!). last2, lebih kurang 12.30tghari baru lah ejen susu ni sampai. aku plak, angin kus kus dah naik kat kepala. aku rasa cam nak marah je. husband aku maintain cool je (dia memang selalunya cool... walaupon dlm situasi yg tak cool).

aku tunggu dlm keta. husband je yg keluar keta jumpa encik ni utk bayar & amik susu sekotak (ada 6 paket. berat sekotak 3kg sbb setiap paket 500gm). lama gak husband aku cakap ngan ejen tu. sbb curious nak tau, aku pon joinlah diorang bercakap. rupa2nya wife dia (aku kenal. namanya Liza) ada problem ngan kandungan. liza ngandung 6 bulan. 5 hari lepas dia pi checkup. doktor kesan baby dlm perut dh meninggal. diorang pegi Hospital Seberang Jaya utk tindakan selanjutnya. kat hosp, doktor kata Liza kena deliver secara normal utk keluarkan baby tu. operation sgt berisiko tinggi sebab boleh jadi pendarahan berlebihan. duduk sepital tak tau berapa hari tapi tak boleh bersalin gak. doktor suruh balik umah rest. pastu bila dah cukup rest kat umah kena pegi hospital balik. ejen ni jadik lambat sbb dia kalut nak pegi sana sini (sbb business sendiri), nak balik tengok wife lagi. sian pulak aku dengar. maaf ye aku marah2 tadi. aku doakan liza selamat, InsyaAllah. takde rezeki nak menimang anak pertama, manatau Allah bagi rezeki kembar pulak nanti? Aaaaminnnnn!

lagi satu cerita, aku terima satu SMS dari nombor yang aku tak kenal. penghantarnya bgtau aku, kak Fauziah line leader Honeywell kat Flextronics P3 meninggal. aku try call nombor tu masuk mailbox. sehari suntuk gak aku try call sbb aku nak tau cerita dgn lebih lanjut. akhirnya dh malam baru org tu angkat. rupa2nya hajar QA yg antar sms. dia tukar nombor rupanya. memang aku kenal arwah kak fauziah tu. orgnya muda lagi, baik, peramah, kelakar pon ye gak. aku dh setahun resign dari flex jadi dah tak tau perkembangan member2 kat sana. walaupon diorang ni pangkat operator, diorang adalah kawan2 aku. diorang baik & selalu ingat kat aku (aku pon ingat korang jugak tau ahaks). tak ade beza antara engineer & operator. kat akhirat nnt semua sama aje.

kak fauziah pon dh resign jugak dr flex cuma aku tak tau bila. dia bersalin 6 bulan lepas tapi baby meninggal waktu dilahirkan. hajar bgtau, lepas bersalin kak fauziah ada masalah kesihatan macam lelah & kencing manis sampai kena cucuk insulin. akhirnya dia meninggal 2 minggu lepas. hajar pon tau lambat sbb tu dia inform aku lambat. Al-Fatihah untuk kak fauziah.

disaat ni, teringat pulak kat arwah Mimi, QA yang jaga line Honeywell. dia memang baik. Pendiam orangnye. Mimi meninggal ujung Disember 2005. dia demam kuat. masuk sepital sedar lagi. siap makan KFC (menurut ceriter Ayu, adiknya). pas makan tu dia tidur terus tak sedar2 sampai masuk ICU. aku sempat dtg Hospital Taiping (sbb arwah Mimi orang Bagan Serai) tengok waktu dia dh tak sedar. sehari lepas tu, dia meninggal.

aku pegi umah family Mimi ziarah jenazah dia. mak dia dah tak ada air mata utk ditangiskan lagi. Mimi adalh anak sulung yg sgt berjasa pada keluarganya (bapak dia bersawah padi). dia baru aje beli keta utk kegunaan keluarga dia. memang aku respect! kita tak perlukan degree/master/phd utk jadik anak yang solehah. Mimi dh buktikan! waktu mandikan & kapankan, muka arwah Mimi sangat tenang, putih bercahaya. Subhanallah! Itulah kali pertama aku tengok mayat yang macam orang tido dgn muka yang sangat cantik & bersih. bapak dia menangis saat2 org nak tutup muka mimi dengan kain kapan sampai aku rasa mcm nak menangis jugak kalau teringatkan waktu tu. aku ada ikut mandikan jenazah & kesannya? nak tau tak? aku sentiasa teringatkan Mimi sampai dekat nak sebulan selepas dia meninggal. sedih sgt.

hari last Mimi dtg keja kat flex (waktu tu masih solectron lagi), aku sempat amik gambar dia pakai kamera material department yang besar cam batu bata pastu siap save dlm komputer. saja2 je. tak sangka itulah kenangan terakhir yang sempat dirakamkan. Selepas Mimi dah tak ada, budak2 operator takut kalau aku kata nak amik gambar diorang. diorang takut pendek umur. padahalnya sebelum tu, operator2 ni beria2 nak amik gambor. pantang aku pegang kamera nak amik gambor PCB ke, IC ke, ada je yang nak posing.

hehehehe saja buat lawaklah tu. ajal maut, rezeki, jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah. kita hanya mampu merancang, Allah jualah yang menentukan... jumpa lagi nnt okie :-)

No comments:

Post a Comment