Saturday, February 28, 2009

kisah kawan2 & VSS

lupe plak nak ceriter. isnin baru ni 23-feb-09, aku lepak kt umah sbb kilang shutdown. 2 orang kwn dari flextronics (ex-company aku) iaitu habsah & mek na dtg tghari makn nasik kat umah aku. bukan aku masak pon hehehehe. diorang beli bungkus kat luar, makan je kat umah aku. aku siap pesan mintak tolong belikan teh tarik lagi (tengahari bangat minum teh tarik plak kui kui kui).

kesian kat habsah. dia baru je masuk keja minggu ni (samalah cam aku). dia kena operate pada 24-jan-09 kat Hospital Seberang Jaya sebab mengandung luar rahim atau dlm bahasa omputehnya dipanggil "ectopic pregnancy". asal2nya, dia pegi check kat klinik munirah iskandar. klinik ni letaknya kat permatang pauh. siapa2 yang duduk kat area seberang perai mesti tau punya klinik ni. aku pon memang suka pegi klinik ni sebab doktor munirah tu baik, lembut & lawa macam wan azizah. husband dia dr iskandar tu pulak baik & comel. muka ada iras2 anwar ibrahim sket hehehehe (sempat lagi tu kui kui kui). berbalik pada cerita asal, doktor sahkan habsah mengandung tapi scan punya scan, tak nampak ape. doktor advise dia pegi hospital sbb selalunya kalau scan tak nampak tu, mengandung luar rahim maknanya. pegi hospital, memang betol. terus kena tahan & operate terus. habsah bgtau, perut dia kena tebuk kat 3 tempat. salah satunya kat pusat. yang kat pusat tu, kadang2 ada keluar darah. eeeeiiiii.... takut ooooo. aku rasa pengalaman aku aritu pon dah tak best. rupa2nya ada yang lebih lagi.

mek na pulak, baru start uwek uwek. InsyaAllah adalah "isi" dalam perut tu :-) makan pun lauk ikan kering aje sbb tak berapa lalu. nampak lemah sket maklumlah peringkat awal memanglah camtu. aku doakan dia dapatlah menimang anak pertama tahun ni. Aaaaaaminnn!!! tu cerita best dari mek na. di samping cerita best ni, ada satu pulak cerita tak best iaitu flextronics dah keluarkan senarai nama orang yang kena forced VSS. nama mek na ada dalam senarai plak tu. kira kena keja sampai ujung bulan 3 je pastu byebye. mek na baru je keja 8 bulan. pastu baru ngandung. kiranya pampasan yang flex bagi cumalah bonus 25% sbb sempat keja 3 bulan dlam tahun 2009 ni. lagi sorang yang aku tau kena forced VSS ialah pakcik bakar. pakcik bakar ni process engineering manager. dah keja 12 tahun. hati aku kuat merasakan yang pakcik bakar akan bergelar OKB (orang kaya baru) ujung bulan 3 ni. rezeki kan...

aku? entahlah. company sekarang ni tak cakap apa2 pon. Alhamdulillah syukur aku ni permanent employee jadi mungkin lambat sikit kesannya. Tapi, company dh kurangkan pekerja secara berperingkat. budak2 keja contract abis semua terjejas. contohnya kawan aku haida HR department tu dah last day jumaat lepas (27-feb-09). dia dah abis contract & company tak renew. dia ngandung 7 bulan. nak mintak keje baru mungkin susah sikit. mungkin duduk umah dulu & mintak keje selepas bersalin nanti. aku doakan dia selamat bersalin & good luck bila nak carik keja baru nnt. lagi sorang pulak, nurul dari Business department. dia keja contract dah 2 thn. boss dia tak nak tolong jadikkan dia permanent. tahun ni company tak renew contract dia. so, last day dia ujung bulan 3 ni. budak2 contract under ME (manufacturing engineering) pulak last day 17-mac-09 (dari apa yang aku dengar dari anuar IT). operator2 nepal pon diorang kata nak hantar balik semua - tinggal operator org mesia jelah.

kesan semua ni terhadap aku ialah... 1) geng pi makan kantin dah makin susut. 2) aku akan kurang mendapat e-mail yang best (selalunya dioranglah yang forward email nak lepas tensen huuu). 3) aku makin malas nak masuk YM sbb nurul yang selalu buzz aku pasni dah takde. secara peribadinya, kalau aku dpt VSS pon takpe, tak dapat pon takpe. aku percaya & yakin setiap yang Allah tentukan tu mesti ada hikmah.

inilah yang dikatakan "bahagian" masing2. Allah Maha Kaya & Maha Mengetahui. setiap orang ada dugaan masing2 & dalam pada diberi dugaan, Allah juga bagi byk rezeki pada kita. kita aje yang selalu tak sedar pastu byk merungut (diri aku sendiri pon camtu huhuuuu). betul tak? jadi marilah kita bermuhasabah. ingat Allah sentiasa. bersyukur dgn apa yang ada. berusaha untuk memperbaiki diri & keluarga.

kalau aku rajin, nnt aku cerita lagi. tak payah tunggu besok, harini pon boleh. tunggu ya!!!

No comments:

Post a Comment