Aku ingat nak update blog ni lebih awal tapi nampaknya arini baru aku update. biasaklah hehehe membizikan diri buat benda itu & ini. aku sekarang ada projek terbaru. InsyaAllah kalau berkesempatan aku akan update dlm posting yang akan datang.
isnin minggu lepas 16-Feb-09 kilang tempat aku keje dah shutdown. isnin minggu ni 23-Feb-09 pon kilang shutdown jugak. shutdown setiap hari isnin ni akan berterusan sampailah ujung bulan 3. pastu aku dengor kabar angin kalau sampai ujung bulan 3 ni ekonomi tak elok jugak, shutdown setiap isnin ni akan dilanjutkan sampai bulan 8.
uwaaaa..... haru betollah. sebenornya kilang shutdown ni bukan je menjejaskan produktiviti aku (makin malas sbb duduk umah tak tau nak buat ape) tapi menjejaskan jugak gaji basic aku. aku manalah ada leave lagi. jadi, bulan 2 ni aje 2 hari gaji aku kena potong (unpaid). bulan 3 pulak 4 hari potong gaji. kalau terus camni sampai bulan 8, korang kiralah sendiri berapa byk gaji aku kena potong.
ada member bgtau, kilang dia tak shutdown 1hari seminggu. tapi dikumpulkan sampai cukup 5 hari pastu kilang declare shutdown seminggu. eh, lagi bagus!!! bolehlah plan awal2 nak pegi mana2 ke, nak buat apa2 ke. btol tak? apa2 pon, ni semua terpulang pada management kilang tu sendiri. aku ikut jelah rentak. kilang shutdown, aku pon duduk umah jelah. karang byk sangat complaint, tak pasal2 nama naik dalam senarai pekerja yang nak kena buang.
yang aku menyampah tu, dalam pada ekonomi teruk ni, cukai aku kena bayor jugak. tol naik jugak. barang2 yang naik harga waktu harga minyak melambung dulu tu, tak turun balik pon. gaji aku naik thn lepas tak sampai RM50 pon. camane nak cover balik tu? keja pon takde jaminan (maklumlah keje ada org kerajaan yang nak komen?
syukurlah kebelakangan ni aku sempat balik masak. blehlah save sket. bukanlah masak yang melampau sedap. simple2 aje janji membuka selera (ye ke? kui kui kui) & yang aku tahu memang menyihatkan (masakan aku tak sedap sbb aku sgtlah jarang guna ajinomoto & garam). lagi best sbb boleh lepak makan lama2 sambil tengok tv, baca paper & menambah nasik bila2 aku suka. kalau rasa mcm lauk dh nak abis, aku boleh goreng keropok ikan ke... telur ke.... buat tambah lauk. syukur Alhamdulillah husband aku jenis yang simple & tak kisah. makan je apa yang ada. kadang2 balik petang2 tu aku atau husband beli je kuih & nasi lemak yang dijual kat depan apartment kitorang ni. kitorang makan pukul 6 ~ 6.30pm so consider dinner lah tu. senang makan awal. malam boleh tido awal. nasik lemak kakak tu memang best. nasi banyak, lauk pun sodap.
lagi byk aku tulis, makin byk nnt yang aku geram. aku stop dulu. sian anak aku batuk tu.
sok pulak aku sambung yek :-)
Saturday, February 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment