Saturday, February 28, 2009

Kisah Liza, arwah Kak Fauziah & arwah Mimi

Sebenornya byk yg aku nak ceriter sbb sememangnya byk benda yg berlaku dlm tempoh 2 minggu ni. semalam aku beli susu Biolac dgn ejen ERA EDAR. anak sulung & anak bongsu aku memang minum susu ni jadi cepatlah abis. susah gak minum susu direct selling ni sbb takde kat pasaraya. bukan aku saja nak mengada2 tapi susu Biolac ni bagus. anak sulung aku dulu asyik berak cair je mcm org sakit perut sampai umur dekat nak 2 bulan. minum je Biolac sekali, terus berak pejal elok. gigi pon tumbuh cepat. umur 5 bulan dh ada 4 batang gigi. anak bongsu aku plak baru 3 bulan setengah dh tumbuh 2 batang gigi. Alhamdulillah syukur pada Allah :-).

Berbalik pada ejen tu (tak payahlah sebut namanya ye), sebenornye aku nak beli susu ari jumaat. dia suruh aku beli ari sabtu. susu anak aku dlm bekas tupperware tinggal kurang seinci. risau gak. dia kata jumpa kat juru pukul 10pagi sbb dekat ngan umah aku. aku pon ok jelah. tunggu punya tunggu xsampai gak. sempatlh pegi tm point kat pekan bm (bukit mertajam) yg sesak giler tu utk byr duit tipon yg mencecah RM270 (sebab call kakak aku kt sarawak pastu cakap lama2 macam tak hengat!!). last2, lebih kurang 12.30tghari baru lah ejen susu ni sampai. aku plak, angin kus kus dah naik kat kepala. aku rasa cam nak marah je. husband aku maintain cool je (dia memang selalunya cool... walaupon dlm situasi yg tak cool).

aku tunggu dlm keta. husband je yg keluar keta jumpa encik ni utk bayar & amik susu sekotak (ada 6 paket. berat sekotak 3kg sbb setiap paket 500gm). lama gak husband aku cakap ngan ejen tu. sbb curious nak tau, aku pon joinlah diorang bercakap. rupa2nya wife dia (aku kenal. namanya Liza) ada problem ngan kandungan. liza ngandung 6 bulan. 5 hari lepas dia pi checkup. doktor kesan baby dlm perut dh meninggal. diorang pegi Hospital Seberang Jaya utk tindakan selanjutnya. kat hosp, doktor kata Liza kena deliver secara normal utk keluarkan baby tu. operation sgt berisiko tinggi sebab boleh jadi pendarahan berlebihan. duduk sepital tak tau berapa hari tapi tak boleh bersalin gak. doktor suruh balik umah rest. pastu bila dah cukup rest kat umah kena pegi hospital balik. ejen ni jadik lambat sbb dia kalut nak pegi sana sini (sbb business sendiri), nak balik tengok wife lagi. sian pulak aku dengar. maaf ye aku marah2 tadi. aku doakan liza selamat, InsyaAllah. takde rezeki nak menimang anak pertama, manatau Allah bagi rezeki kembar pulak nanti? Aaaaminnnnn!

lagi satu cerita, aku terima satu SMS dari nombor yang aku tak kenal. penghantarnya bgtau aku, kak Fauziah line leader Honeywell kat Flextronics P3 meninggal. aku try call nombor tu masuk mailbox. sehari suntuk gak aku try call sbb aku nak tau cerita dgn lebih lanjut. akhirnya dh malam baru org tu angkat. rupa2nya hajar QA yg antar sms. dia tukar nombor rupanya. memang aku kenal arwah kak fauziah tu. orgnya muda lagi, baik, peramah, kelakar pon ye gak. aku dh setahun resign dari flex jadi dah tak tau perkembangan member2 kat sana. walaupon diorang ni pangkat operator, diorang adalah kawan2 aku. diorang baik & selalu ingat kat aku (aku pon ingat korang jugak tau ahaks). tak ade beza antara engineer & operator. kat akhirat nnt semua sama aje.

kak fauziah pon dh resign jugak dr flex cuma aku tak tau bila. dia bersalin 6 bulan lepas tapi baby meninggal waktu dilahirkan. hajar bgtau, lepas bersalin kak fauziah ada masalah kesihatan macam lelah & kencing manis sampai kena cucuk insulin. akhirnya dia meninggal 2 minggu lepas. hajar pon tau lambat sbb tu dia inform aku lambat. Al-Fatihah untuk kak fauziah.

disaat ni, teringat pulak kat arwah Mimi, QA yang jaga line Honeywell. dia memang baik. Pendiam orangnye. Mimi meninggal ujung Disember 2005. dia demam kuat. masuk sepital sedar lagi. siap makan KFC (menurut ceriter Ayu, adiknya). pas makan tu dia tidur terus tak sedar2 sampai masuk ICU. aku sempat dtg Hospital Taiping (sbb arwah Mimi orang Bagan Serai) tengok waktu dia dh tak sedar. sehari lepas tu, dia meninggal.

aku pegi umah family Mimi ziarah jenazah dia. mak dia dah tak ada air mata utk ditangiskan lagi. Mimi adalh anak sulung yg sgt berjasa pada keluarganya (bapak dia bersawah padi). dia baru aje beli keta utk kegunaan keluarga dia. memang aku respect! kita tak perlukan degree/master/phd utk jadik anak yang solehah. Mimi dh buktikan! waktu mandikan & kapankan, muka arwah Mimi sangat tenang, putih bercahaya. Subhanallah! Itulah kali pertama aku tengok mayat yang macam orang tido dgn muka yang sangat cantik & bersih. bapak dia menangis saat2 org nak tutup muka mimi dengan kain kapan sampai aku rasa mcm nak menangis jugak kalau teringatkan waktu tu. aku ada ikut mandikan jenazah & kesannya? nak tau tak? aku sentiasa teringatkan Mimi sampai dekat nak sebulan selepas dia meninggal. sedih sgt.

hari last Mimi dtg keja kat flex (waktu tu masih solectron lagi), aku sempat amik gambar dia pakai kamera material department yang besar cam batu bata pastu siap save dlm komputer. saja2 je. tak sangka itulah kenangan terakhir yang sempat dirakamkan. Selepas Mimi dah tak ada, budak2 operator takut kalau aku kata nak amik gambar diorang. diorang takut pendek umur. padahalnya sebelum tu, operator2 ni beria2 nak amik gambor. pantang aku pegang kamera nak amik gambor PCB ke, IC ke, ada je yang nak posing.

hehehehe saja buat lawaklah tu. ajal maut, rezeki, jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah. kita hanya mampu merancang, Allah jualah yang menentukan... jumpa lagi nnt okie :-)

kisah kawan2 & VSS

lupe plak nak ceriter. isnin baru ni 23-feb-09, aku lepak kt umah sbb kilang shutdown. 2 orang kwn dari flextronics (ex-company aku) iaitu habsah & mek na dtg tghari makn nasik kat umah aku. bukan aku masak pon hehehehe. diorang beli bungkus kat luar, makan je kat umah aku. aku siap pesan mintak tolong belikan teh tarik lagi (tengahari bangat minum teh tarik plak kui kui kui).

kesian kat habsah. dia baru je masuk keja minggu ni (samalah cam aku). dia kena operate pada 24-jan-09 kat Hospital Seberang Jaya sebab mengandung luar rahim atau dlm bahasa omputehnya dipanggil "ectopic pregnancy". asal2nya, dia pegi check kat klinik munirah iskandar. klinik ni letaknya kat permatang pauh. siapa2 yang duduk kat area seberang perai mesti tau punya klinik ni. aku pon memang suka pegi klinik ni sebab doktor munirah tu baik, lembut & lawa macam wan azizah. husband dia dr iskandar tu pulak baik & comel. muka ada iras2 anwar ibrahim sket hehehehe (sempat lagi tu kui kui kui). berbalik pada cerita asal, doktor sahkan habsah mengandung tapi scan punya scan, tak nampak ape. doktor advise dia pegi hospital sbb selalunya kalau scan tak nampak tu, mengandung luar rahim maknanya. pegi hospital, memang betol. terus kena tahan & operate terus. habsah bgtau, perut dia kena tebuk kat 3 tempat. salah satunya kat pusat. yang kat pusat tu, kadang2 ada keluar darah. eeeeiiiii.... takut ooooo. aku rasa pengalaman aku aritu pon dah tak best. rupa2nya ada yang lebih lagi.

mek na pulak, baru start uwek uwek. InsyaAllah adalah "isi" dalam perut tu :-) makan pun lauk ikan kering aje sbb tak berapa lalu. nampak lemah sket maklumlah peringkat awal memanglah camtu. aku doakan dia dapatlah menimang anak pertama tahun ni. Aaaaaaminnn!!! tu cerita best dari mek na. di samping cerita best ni, ada satu pulak cerita tak best iaitu flextronics dah keluarkan senarai nama orang yang kena forced VSS. nama mek na ada dalam senarai plak tu. kira kena keja sampai ujung bulan 3 je pastu byebye. mek na baru je keja 8 bulan. pastu baru ngandung. kiranya pampasan yang flex bagi cumalah bonus 25% sbb sempat keja 3 bulan dlam tahun 2009 ni. lagi sorang yang aku tau kena forced VSS ialah pakcik bakar. pakcik bakar ni process engineering manager. dah keja 12 tahun. hati aku kuat merasakan yang pakcik bakar akan bergelar OKB (orang kaya baru) ujung bulan 3 ni. rezeki kan...

aku? entahlah. company sekarang ni tak cakap apa2 pon. Alhamdulillah syukur aku ni permanent employee jadi mungkin lambat sikit kesannya. Tapi, company dh kurangkan pekerja secara berperingkat. budak2 keja contract abis semua terjejas. contohnya kawan aku haida HR department tu dah last day jumaat lepas (27-feb-09). dia dah abis contract & company tak renew. dia ngandung 7 bulan. nak mintak keje baru mungkin susah sikit. mungkin duduk umah dulu & mintak keje selepas bersalin nanti. aku doakan dia selamat bersalin & good luck bila nak carik keja baru nnt. lagi sorang pulak, nurul dari Business department. dia keja contract dah 2 thn. boss dia tak nak tolong jadikkan dia permanent. tahun ni company tak renew contract dia. so, last day dia ujung bulan 3 ni. budak2 contract under ME (manufacturing engineering) pulak last day 17-mac-09 (dari apa yang aku dengar dari anuar IT). operator2 nepal pon diorang kata nak hantar balik semua - tinggal operator org mesia jelah.

kesan semua ni terhadap aku ialah... 1) geng pi makan kantin dah makin susut. 2) aku akan kurang mendapat e-mail yang best (selalunya dioranglah yang forward email nak lepas tensen huuu). 3) aku makin malas nak masuk YM sbb nurul yang selalu buzz aku pasni dah takde. secara peribadinya, kalau aku dpt VSS pon takpe, tak dapat pon takpe. aku percaya & yakin setiap yang Allah tentukan tu mesti ada hikmah.

inilah yang dikatakan "bahagian" masing2. Allah Maha Kaya & Maha Mengetahui. setiap orang ada dugaan masing2 & dalam pada diberi dugaan, Allah juga bagi byk rezeki pada kita. kita aje yang selalu tak sedar pastu byk merungut (diri aku sendiri pon camtu huhuuuu). betul tak? jadi marilah kita bermuhasabah. ingat Allah sentiasa. bersyukur dgn apa yang ada. berusaha untuk memperbaiki diri & keluarga.

kalau aku rajin, nnt aku cerita lagi. tak payah tunggu besok, harini pon boleh. tunggu ya!!!

Ekonomi semakin teruk...

Aku ingat nak update blog ni lebih awal tapi nampaknya arini baru aku update. biasaklah hehehe membizikan diri buat benda itu & ini. aku sekarang ada projek terbaru. InsyaAllah kalau berkesempatan aku akan update dlm posting yang akan datang.

isnin minggu lepas 16-Feb-09 kilang tempat aku keje dah shutdown. isnin minggu ni 23-Feb-09 pon kilang shutdown jugak. shutdown setiap hari isnin ni akan berterusan sampailah ujung bulan 3. pastu aku dengor kabar angin kalau sampai ujung bulan 3 ni ekonomi tak elok jugak, shutdown setiap isnin ni akan dilanjutkan sampai bulan 8.

uwaaaa..... haru betollah. sebenornya kilang shutdown ni bukan je menjejaskan produktiviti aku (makin malas sbb duduk umah tak tau nak buat ape) tapi menjejaskan jugak gaji basic aku. aku manalah ada leave lagi. jadi, bulan 2 ni aje 2 hari gaji aku kena potong (unpaid). bulan 3 pulak 4 hari potong gaji. kalau terus camni sampai bulan 8, korang kiralah sendiri berapa byk gaji aku kena potong.

ada member bgtau, kilang dia tak shutdown 1hari seminggu. tapi dikumpulkan sampai cukup 5 hari pastu kilang declare shutdown seminggu. eh, lagi bagus!!! bolehlah plan awal2 nak pegi mana2 ke, nak buat apa2 ke. btol tak? apa2 pon, ni semua terpulang pada management kilang tu sendiri. aku ikut jelah rentak. kilang shutdown, aku pon duduk umah jelah. karang byk sangat complaint, tak pasal2 nama naik dalam senarai pekerja yang nak kena buang.

yang aku menyampah tu, dalam pada ekonomi teruk ni, cukai aku kena bayor jugak. tol naik jugak. barang2 yang naik harga waktu harga minyak melambung dulu tu, tak turun balik pon. gaji aku naik thn lepas tak sampai RM50 pon. camane nak cover balik tu? keja pon takde jaminan (maklumlah keje ada org kerajaan yang nak komen?

syukurlah kebelakangan ni aku sempat balik masak. blehlah save sket. bukanlah masak yang melampau sedap. simple2 aje janji membuka selera (ye ke? kui kui kui) & yang aku tahu memang menyihatkan (masakan aku tak sedap sbb aku sgtlah jarang guna ajinomoto & garam). lagi best sbb boleh lepak makan lama2 sambil tengok tv, baca paper & menambah nasik bila2 aku suka. kalau rasa mcm lauk dh nak abis, aku boleh goreng keropok ikan ke... telur ke.... buat tambah lauk. syukur Alhamdulillah husband aku jenis yang simple & tak kisah. makan je apa yang ada. kadang2 balik petang2 tu aku atau husband beli je kuih & nasi lemak yang dijual kat depan apartment kitorang ni. kitorang makan pukul 6 ~ 6.30pm so consider dinner lah tu. senang makan awal. malam boleh tido awal. nasik lemak kakak tu memang best. nasi banyak, lauk pun sodap.

lagi byk aku tulis, makin byk nnt yang aku geram. aku stop dulu. sian anak aku batuk tu.
sok pulak aku sambung yek :-)

Friday, February 13, 2009

kilang shut down lagi

berita tergempar!!! nak kata best pon tak, nak kata tak best pon tak jugak.
isnin depan kilang shut down lagi. minggu raya cina pon dh shut down 3 hari.
aku memang tak ada annual leave lebih. company pon bagi advance leave 3 ari aje (yang dah digunakan waktu shut down raya cina).

jadi, isnin minggu depan bukan setakat shut down, tapi dah jadik unpaid leave pulak. menyampah btol!!! tapi, aku nak pikir positif. aku nak berehat2 je kat umah. aku pon baru je baik demam. ditambah dengan batuk & sakit tekak bagai nak rak. anak aku yang sulung tu pulak menambahkan lagi sakit tekak aku. perangai dia selalu membuatkan aku menjerit & terpekik padahalnya aku dah berazam tak nak marah dia (konon2nya sebab nak bagi cepat baik sakit tekak aku ni). akhirnya azam aku pecah berderai. sakit tekak aku makin teruk adelah. macam2 penyakit. penang pulak cuaca panas terik dah dekat nak sebulan lebih. baru pagi tadi ujan sekejap. pastu panas balik.

anak sulung aku asyik mengamuk je sebab dia pon tak sihat jugak. semalam aku pegi child specialist. kalau tak silap aku dapat nombor 47 ke .... 51 ke... bayangkanlah. punyalah ramai. tu pon ada yang datang lagi waktu aku nak balik. bila dah cuaca panas cam sekarang, mulalah org demam esp budak (sian budak2 kan tak tahan sangat). dari demam bawak ke batuk & selsema. kalau lelah, dah jadik sesak nafas plak. semalam ramai gak budak2 lelah buat nebulizer. baby aku pon dah start batuk & selsema. berjangkit drpd abangnya lah. aku harap anak2 aku cepat sembuh & sihat wal'afiat. sian kat diorang...

berbalik pada isu kilang shutdown, aku risau jugak sebenarnya. maklumlah keja dgn org. bila2 boleh kena tendang. kalau business sendiri, taklah risau sgt. sekurang2nya kalau berusaha lebih & bertawakkal pada Allah, insyaAllah rezeki tu ada. keja dgn orang ni kalau buat abis2an pon, belum tentu lagi. bila2 boleh kena marah, kena boikot. kalau orang boat konspirasi, lagi senang nak kena fire (rasa2nya banyak org paham apa yang aku maksudkan ni).

korang jagalah periuk nasik baik2 ye. zaman ekonomi tak baik ni macam2 boleh jadi. semoga aku, suami aku, keluarga aku & korang semua dilindungi Allah dalam apa jugak keadaan. kena ingat tanggungjawab. byk lagi benda nak bayar. kawal perbelanjaan gak jgn beli sesuka hati je. ingatlah, apa yang kita buat harini adalah untuk hari esok (InsyaAllah kalau panjang umur). cheewwah!!! berceramah plak aku. oklah aku nak masuk dapur bancuh madu ngan air suam. perit rasa anak tekak ni. pastu nak zzzzzzz lah.....

Wednesday, February 11, 2009

ubah gaya hidup

Alhamdulillah syukur sangat.
Sekarang ni jalan nak pegi umah baby sitter & jalan nak pegi keja dah tak jam teruk macam dulu. kenapa ye? aku pon tak tau. aku agak2 sebab byk kilang tak run business macam dulu. byk yang shut down production, tukar shift 12jam jadik 8jam (tak payah bayar overtime), keja 5 hari seminggu tukar jadik 4 hari je pulak (pastu suka ati je tolak annual leave) & macam-macam lagi. semuanya nak jimat.

yang aku heran tu, kalau pegi shopping complex, masih byk orang. sampai berduyun2. byk duit kot? aku mcm biasalah, beli barang dapur. baru2 ni aje aku beli baju untuk anak sulung sbb paling last beli tahun lepas bulan 11 untuk buat raya. anak kedua aku lagi kesian. kena recycle hampir semua baju abangnya. rugi ooo kalau tak pakai. lagipon sama2 boy. banyak baju ada collar, gambar kereta, sport theme (NBA, soccer, baseball etc) - kesimpulannya kalau lepas ni dpat anak pompuan memang tak boleh pakai. jadi, baiklah aku maksimumkan penggunaan semua baju yang ada.

sebenornya kalau nak jimat tu memang boleh. cuma orang tu nak atau tidak je. syukur Alhamdulillah aku ni bukan jenis branded. bukannya salah tapi aku rase kalau terlebih sangat boleh makan diri. kalau memang mampu takpelah. kalau yang terikut2 gaya orang ke... artis ke.... tak dapekla den nak menolong.

kalau ikut aku, simple aje. kalau tak perlu ataupun masih ada yang elok, tak payah beli. seingat aku, paling last aku beli purse ngan bag Alain Delon ialah waktu aku bujang. lain2 tu kebanyakannya di"sedekah"kan oleh kakak aku. kakak aku cikgu yang memang bergaya. kasut, beg, tudung, aksesori etc memang ikut trend semasa. adik dia pulak, abis ketinggalan zaman. orang dah tak pakai "pesen" tu, barulah aku pakai heheheh. kakak aku pulak, bila dia dah tak nak barang2, rumah akulah tempat utama untuk "stuffjunk" dia. aku pon terimalah dengan tangan yang terbuka. mekasih ye angah hehehehe

sejak ade dua "handbag" (anak aku dua orang tulah), lagilah sempoi. aku pegi mana2 pakai beg Anmum je. tu pon dapat free sebab bersalin kat private. senang sangat. diapers, susu, minyak angin, baju spare semua boleh letak kat dalam beg Anmum tu. nak carik barang pon tak payah kombah sebab side pockets yang ada dah sesuai nak letak itu & ini.

apa2 pun, berjimat memang sangat bagus tapi bukannya jadik kedekut. tu kena ingat tu. aku berjimat bab yang itu tapi aku memang "a big spender" kalau bab kesihatan. cakap jelah apa2 yang bagus yang berkaitan dengan kesihatan macam supplement ke, krim ke (esp utk anak), medical service ke, memang aku tak berkira. pastu kalau terasa nak makan apa2 je, jangan tangguh2. terus aku pegi carik takut kempunan. ni sementara Allah bagi kesihatan & nikmat selera. kalau dah sakit nanti, makan yang sedap pun tak rasa apa.

harap korang yang baca dapat ambil teladan & contohi kalau korang rasa gaya hidup macam ni bagus. kalau rasa tak bagus atau tak rasa apa2, takpe hehehe. enjoy my posting ya!!! (",)

Thursday, February 5, 2009

harapan setinggi gunung

salam...
anak2 & suami aku dh tido. inilah masa yg paling sesuai utk aku online nk carik keja.
skrg ni, ekonomi memang tgh tak elok. tapi kalau nk tunggu ekonomi pulih baru aku start carik keja, ntah bila pulak boleh dpt. tak aply pon takpe, janji dah start tengok2, survey apa yang patut. aku ni bukan saja2 nak tukar keja. aku nak cuba carik yg tak jauh sgt dr rumah. bolehlah tengah hari aku balik jenguk anak kat umah pengasuh. kalau apa2 jadi pon, tak lah kalut aku nak terkejar2.

sekarang ni, aku & suami nak pegi keja kena menyeberang jambatan pulau pinang.
hampir tiap2 hari sesak. lenguh kaki tekan brake ngan clutch. aku dah fed up. kekadang sampai tersengguk aku dlm keta menunggu nak jalan. tu pon sikit, sikit. last sekali aku selalu sampai ofis lambat. nasib baik takde punch card.

kalau ikut pemerhatian kasar aku, proses nak melebarkan jambatan mcm dah 50% siap. kesian pulak nengok bangla keja bawah matahari panas terik nak bagi jambatan tu siap on time. org putih yang keja sekali ngan bangla tu pon dah tak putih dah. tapi tulah, kenapalah kerajaan (atau sapa2 yang bertanggungjawab) tak memikir pasal jambatan ni dari dulu lagi? patutnya dari thn 2000 dulu dh buat byk lane atas jambatan. yelah, kebanyakan keluarga ada lebih daripada sebijik keta. lori ngan bas pon bertambah gak jumlahnya. kenapa dulu tak buat????? (dengan nada bengang campur rasa nak mengamuk).

bukan waktu pegi keja aje, balik pon boleh thn jugak sesaknya. samada masuk atau keluar dari pulau, selalunya sesak tak bersebab. takde accident, takde keta rosak. korang bayangkanlah. sedangkan takde apa2 yang terjadi pon memang sesak inikan pulak kalau ade accident atau keta rosak. kalau takde apa2 yang nak dikejar, takpela jugak. ni kalau nak pegi mana2 (beli barang ke, bawak anak pegi klinik ke, shopping ke hehehe) memang rugi masa.

kalau nak beli umah kat penang, memanglah mahal. tulah yang beli umah kat seberang tu. lagipon, dulu aku keja dekat je ngan umah. aku sendiri yang gelap mata dpt better offer (gaji ada increment sket plus keja pon senang sket hehehe). tu yang terus setuju keja kat atas pulau tu.

bulan ni genap setahun aku keja kat atas pulau. suami aku plak, bulan 5 ni genap 6 tahun. tapi, aku tetap takkan setuju dengan idea berpindah dan duduk atas pulau. tak kisahlah samada beli umah atau sewa. aku memang tak nak sebab secara peribadinya, aku memang tak suka duduk atas pulau. aku rasa sesak. pemandangannya terlalu stereotype : kondo, apartment, flat. takde unsur kejiranan. masing2 buat hal memasing. semua orang berlumba kejar duit. kalau ada umah atas tanah pon (landed property), harganya aku rasa paling murah pon dekat nak setengah juta.

aku selalu berangan-angan (memang tak bagusla perangai aku ni) nak duduk kat tempat yang aman damai. lebih spesifik, sebenornya aku memang bercita-cita nak menetap kat kampung husband aku kt terengganu. tapi belum ade rezeki nak buat camtu lagi.

"Hamba bermohon padaMu Ya Allah, semoga harapan & cita2 dapat menjadi kenyataan." InsyaAllah....

Wednesday, February 4, 2009

dilema wanita

salam... nampaknya azam aku nak update blog tiap2 hari belum boleh jadi kenyataan.
masalah utama ialah masa (hehehe nampak sangat mencarik alasan). ye ke?

TAK. sebetulnya aku tak berapa sihat.
2 Feb 2009 - InsyaAllah aku akan ingat tarikh ni sampai bila2. aku pegi cuci rahim sebab ada cebisan uri & darah beku tertinggal masa bersalinkan anak kedua bulan november 2008. kat situ jugaklah aku bersalin. memang nak diikutkan aku tak puas hati sebab aku rasa doktor tu kenalah bertanggungjawab & patutnya aku cuci free aje. btol tak?

tapi, aku mesti kena pikir positif. ni semua ketentuan Allah. doktor tu pun tak boleh agak. lagipun aku bukannya fresh baru lepas bersalin tapi dah nak dekat 3 bulan baru boleh detect.

mcm mana aku tahu? aku ni pon satu jugak. lepas bersalin keluar darah dah lebih 80hari barulah aku terhegeh-hegeh pegi jumpa doktor. waktu doktor scan, aku memang takut sbb nampak macam seketul daging. doktor kata selagi aku tak cuci, selagi tulah darah akan terus keluar. seram wei.

apa pilihan yang aku ada? nak tak nak, aku kena melalui satu lagi pengalaman seorang perempuan @ wanita @ isteri @ ibu. biasanya doktor cuci rahim kalau berlaku keguguran atau janin ada problem. kes aku ni kira kes terpencil lah kononnya (bukan selalu berlaku).

yang pasti, sakitnya mcm bersalin sorang lagi. nasib baik doktor buat general anaesthetic (pengsan satu badan). kalau tak, seram gak tengok darah. cuci waktu pagi. pas 2 jam, aku bangun tapi aku rasa cam nak pengsan lagi. sambung lagi tidur, kul 3ptg baru aku betul2 sedar. peningnya bukan main lagi. sampai 2-3 hari jugak. dpt mc 2 minggu (tu yang lega tuh).

macam-macam kan? lepas bersalin yang nombor 2 ni, aku selalu sgt pening kepala sebab tekanan darah rendah. takut gak jadik apa2. anak2 aku kecik lagi. yang sulung 3 thn 7 bulan & nombor dua ni baru aje 3 bulan. aku selalu berdoa biarlah Allah panjangkan umur aku, suami & anak2 + diberi kesihatan yang baik + diberkati & dirahmati dunia & akhirat.

apa2 pon, kita hanya mampu merancang. Allah yang menentukan. Wallahu'alam bisawab....