Saturday, January 31, 2009

Intro

Testing Testing 123 heheheh
-----------------------------------------------------------
Assalamualaikum wbt & salam sejahtera kepada pembaca blog aku ni.
sebenarnye, aku rase lega sgt sebab akhirnya (iaitu secara rasminya harini) aku dapat jugak buat blog sendiri. aku sengaja letak nama "Aku Seorang Pekerja Kilang" sebab memang dari dulu sampai sekarang aku tak pernah lari dari sektor perkilangan. kilanglah periuk nasik aku selama ni.

aku tak target mana2 kategori pembaca.
kalau yang baca blog aku ni tak keja kilang, dengan membaca blog aku ni, sekurang2nya korang taulah sedikit sebanyak camne susah senangnya keja kilang.
bagi korang yang sama2 kerja kilang cam aku, aku takdelah 100% cerita pasal kilang aje. ada jugak cerita lain. jadi, teruskanlah membaca ye :-)

kalau nak diikutkan, blog ni memangla dh kira teknologi lama tapi sebagai orang yang memang ketinggalan zaman, aku rasa mcm baru melangkah ke alam baru (chewah!). sebelum ni selalu terpikir "mcm manalah diorang ni buat blog? mesti kena power IT baru boleh buat blog kot?" akhirnya arini barulah aku tau yang buat blog ni taklah sesusah yang aku sangka. terima kasih ye kepada yang membimbing hehehe

best jugak ada blog ni, bolehlah aku cerita byk benda. kira mcm diarilah, ye tak? tapi aku takdelah nak cerita rutin hidup daripada aku bangun pagi, pi keja kilang, sampailah nak masuk tido balik. bukan korang je boring, aku pon naik fed up.

yang betulnya, aku cuma nak berkongsi cerita suka duka kehidupan. setiap manusia kat atas muka bumi ni kan melalui perjalanan hidup yang unik. aku amat menghargai & alu-alukan kalau korang nak komen tak kisahlah samada baik ke buruk ke. korang mesti ada pendapat sendiri, betul tak? aku akan cuba jadik rajin untuk update blog ni & pada masa yang sama rajin buat keja lain gak (karang layan blog 24jam, keja lain aku tak buat pulak. salah tu!)

tu jelah kot sebagai intro. see u in the next posting!